PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

Pengenalan :
Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku

Program ini menggunakan tema "Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental. 

Murid telah berada di rumah hampir 3 bulan menyebabkan banyak perkara yang berlaku dan memerlukan pengurusan emosi dan fizikal yang lebih terkawal, untuk itu Unit Kaunseling akan cuba sedaya upaya membantu murid yang memerlukan bantuan agar lebih ceria, emosi terjaga dan kehidupan yang sejahtera.



Antara tips yang boleh digunakan

1. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah
2. Solat 5 waktu
3. Membaca al-quran
4. Berkongsi cerita dengan orang yang dipercayai
5. Hindari dari duduk bersendirian dalam tempoh yang lama
6. Berada bersama orang yang rapat (ibu bapa, adik beradik dan keluarga terdekat)

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Sepanjang PKP

Covid 19