Posts

Showing posts from April, 2020

PKP dan Ramadhan

Image
Alhamdulillah... hari ini merupakan hari terakhir sebelum ramadhan menjelma. Syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk melalui saat ini. Tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini kerana menyambut ramadhan dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan masuk fasa ke 3. Perkara ini memang tidak pernah sama sekali dibayangkan. Walau bagaimanapun sangat bersyukur dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Sejenak Perkongsian Bersama *Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau* Posted on April 21, 2020  1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia” 2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.” 3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.” 4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.” 5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.” 6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan h

Aktiviti Sepanjang PKP

Image
Assalamualaikum semua😉 dan salam sejahtera.. Setiap hari kita sering terfikirkan apa yang nak kita lakukan. Saya percaya semua orang macam tuu kan.. kadang-kadang ada rasa seolah-olah masa berlalu terlalu pantas.. Saya kongsikan antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah ye.. (kita refresh balik 😍) 1. Memasak, masa inilah masing-masing mengambil peluang untuk memasak tak kira perempuan mahupun lelaki. 2. Aktiviti bersama anak-anak, antaranya menyertai kempen mewarna PKP.. s umber channel Kempen Mewarna- PKP 3. Aktiviti-aktiviti lain yang menarik : 4. Solat berjemaah dan aktiviti kerohanian bersama keluarga 5. Sentiasa mengingati Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, berzikir dan berselawat ke atas nabi. #StayAtHome #kitajagakita #kitamestimenang

Covid 19

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊 Kita telah melalui fasa 1 dan fasa 2 PKP dan telah memberi satu impak besar kepada kita semua. Banyak perkara yang telah kita pelajari. Apa yang kita faham dengan Covid 19? Wabak 2019 Novel Coronavirus Seluruh dunia telah disarungkan dalam ketakutan daripada wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCov) yang berasal dari Wuhan, China. Pertama kali rakyat Malaysia bertembung dengan berita ini adalah sebagai virus “misteri” yang merebak dalam negara China sendiri. Sekarang, wabak ini telah hilang kawalan dan mulai merebak ke hampir 27 negara, orang yang dijangkiti telah melebihi 40 000 kes. Bagi sesetengah orang, Coronavirus mungkin merupakan jenis virus yang baharu, tetapi ia telah wujud sejak lama lagi! Keluarga Coronavirus 2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Informasi ini boleh menjadi keliru kepada sesetengah orang, tetapi ingatkah a