Posts

Showing posts from May, 2020

Temuduga IPG

Image
Assalamualikum dan salam ramadhan buat semua .. Hari ni cikgu nak share sikit tentang temuduga online IPG. Boleh tengok dan jadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang berkenaan. Just sharing :  Pada saat ini adalah kesibukkan rata-rata pelajar lepasan SPM 2019 sedang heboh tentang temuduga UPU dan paling awal adalah temuduga IPG. Kali ini cukup berbeza dan mencabar kerana temuduga dilakukan secara online akibat tempoh kawalan PKP. Selaku seorang guru dan bekas alumni IPG iaitu alumni IPG Kampus Darulaman, saya terpanggil untuk membuat sedikit perkongsian tentang tips-tips temuduga kemasukan IPG Tahun 2020. Saya akan bahagikan tips ini kepada tiga bahagian iaitu :- 1.SESI UJIAN BERTULIS(UKCG) a.Ujian UKCG ini adalah dilaksanakan secara online di portal yang telah ditetapkan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia 30 minit awal di hadapan komputer atau laptop sebelum peperiksaan online bermula. b.Soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya adalah soalan inventori s