Covid 19

Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊


Kita telah melalui fasa 1 dan fasa 2 PKP dan telah memberi satu impak besar kepada kita semua. Banyak perkara yang telah kita pelajari.

Apa yang kita faham dengan Covid 19?

Wabak 2019 Novel Coronavirus

Seluruh dunia telah disarungkan dalam ketakutan daripada wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCov) yang berasal dari Wuhan, China. Pertama kali rakyat Malaysia bertembung dengan berita ini adalah sebagai virus “misteri” yang merebak dalam negara China sendiri. Sekarang, wabak ini telah hilang kawalan dan mulai merebak ke hampir 27 negara, orang yang dijangkiti telah melebihi 40 000 kes. Bagi sesetengah orang, Coronavirus mungkin merupakan jenis virus yang baharu, tetapi ia telah wujud sejak lama lagi!

Keluarga Coronavirus

2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Informasi ini boleh menjadi keliru kepada sesetengah orang, tetapi ingatkah anda tentang virus SARS (Severe acute respiratory syndrome) dan MERS-CoV (Middle Eastern respiratory syndrome)? Ya, virus-virus ini adalah daripada keluarga yang sama! Dalam keluarga ini, terdapat juga ahli-ahli yang lain, namun gejala yang dihasilkan adalah lebih ringan, maksudnya mereka mampu juga menyebabkan selsema yang biasa kita alami sepanjang tahun. Secara klasifikasi genetik, Coronavirus boleh dibahagi kepada alfa, beta, gamma, dan delta. Virus yang dahsyat seperti SARS-CoV, MERS-CoV dan 2019-Novel Coronovirus diletak dalam kumpulan .

sumber : doctoroncall.com


Semoga wabak ini akan cepat berlalu... apa yang penting tindakan kita adalah sentiasa menjaga kesihatan ..

Jangan lupa kerap basuh tangan dengan sabun


Keep smiling 😊

Comments

Popular posts from this blog

Aktiviti Sepanjang PKP

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU