Posts

PROGRAM MINDA SIHAT DALAM KEBIASAAN BAHARU

Image
Pengenalan : Program Minda Sihat Di Sekolah Dalam Kebiasaan Baharu dilaksanakan bagi memugarkan emosi murid kesan daripada penularan pandemik atau krisis yang berlaku Program ini menggunakan tema "Minda Sihat : Emosi Terjaga, Kehidupan Sejahtera" bagi meningkatkan kesedaran warga sekolah akan kepentingan penjagaan kesihatan mental.  Murid telah berada di rumah hampir 3 bulan menyebabkan banyak perkara yang berlaku dan memerlukan pengurusan emosi dan fizikal yang lebih terkawal, untuk itu Unit Kaunseling akan cuba sedaya upaya membantu murid yang memerlukan bantuan agar lebih ceria, emosi terjaga dan kehidupan yang sejahtera. Antara tips yang boleh digunakan 1. Sentiasa mendekatkan diri dengan Allah 2. Solat 5 waktu 3. Membaca al-quran 4. Berkongsi cerita dengan orang yang dipercayai 5. Hindari dari duduk bersendirian dalam tempoh yang lama 6. Berada bersama orang yang rapat (ibu bapa, adik beradik dan keluarga terdekat)

Selamat hari raya..

Image

Temuduga IPG

Image
Assalamualikum dan salam ramadhan buat semua .. Hari ni cikgu nak share sikit tentang temuduga online IPG. Boleh tengok dan jadikan sebagai panduan kepada sesiapa yang berkenaan. Just sharing :  Pada saat ini adalah kesibukkan rata-rata pelajar lepasan SPM 2019 sedang heboh tentang temuduga UPU dan paling awal adalah temuduga IPG. Kali ini cukup berbeza dan mencabar kerana temuduga dilakukan secara online akibat tempoh kawalan PKP. Selaku seorang guru dan bekas alumni IPG iaitu alumni IPG Kampus Darulaman, saya terpanggil untuk membuat sedikit perkongsian tentang tips-tips temuduga kemasukan IPG Tahun 2020. Saya akan bahagikan tips ini kepada tiga bahagian iaitu :- 1.SESI UJIAN BERTULIS(UKCG) a.Ujian UKCG ini adalah dilaksanakan secara online di portal yang telah ditetapkan. Para pelajar diminta untuk bersiap sedia 30 minit awal di hadapan komputer atau laptop sebelum peperiksaan online bermula. b.Soalan-soalan yang kebiasaannya di tanya adalah soalan inventori s

PKP dan Ramadhan

Image
Alhamdulillah... hari ini merupakan hari terakhir sebelum ramadhan menjelma. Syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk melalui saat ini. Tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini kerana menyambut ramadhan dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan masuk fasa ke 3. Perkara ini memang tidak pernah sama sekali dibayangkan. Walau bagaimanapun sangat bersyukur dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Sejenak Perkongsian Bersama *Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau* Posted on April 21, 2020  1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia” 2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.” 3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.” 4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.” 5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.” 6- “Melihat bukan dengan mata tapi dengan h

Aktiviti Sepanjang PKP

Image
Assalamualaikum semua😉 dan salam sejahtera.. Setiap hari kita sering terfikirkan apa yang nak kita lakukan. Saya percaya semua orang macam tuu kan.. kadang-kadang ada rasa seolah-olah masa berlalu terlalu pantas.. Saya kongsikan antara aktiviti yang boleh dilakukan di rumah ye.. (kita refresh balik 😍) 1. Memasak, masa inilah masing-masing mengambil peluang untuk memasak tak kira perempuan mahupun lelaki. 2. Aktiviti bersama anak-anak, antaranya menyertai kempen mewarna PKP.. s umber channel Kempen Mewarna- PKP 3. Aktiviti-aktiviti lain yang menarik : 4. Solat berjemaah dan aktiviti kerohanian bersama keluarga 5. Sentiasa mengingati Junjungan Besar Nabi Muhammad s.a.w, berzikir dan berselawat ke atas nabi. #StayAtHome #kitajagakita #kitamestimenang

Covid 19

Image
Assalamualaikum dan salam sejahtera 😊 Kita telah melalui fasa 1 dan fasa 2 PKP dan telah memberi satu impak besar kepada kita semua. Banyak perkara yang telah kita pelajari. Apa yang kita faham dengan Covid 19? Wabak 2019 Novel Coronavirus Seluruh dunia telah disarungkan dalam ketakutan daripada wabak 2019 Novel Coronavirus (2019-nCov) yang berasal dari Wuhan, China. Pertama kali rakyat Malaysia bertembung dengan berita ini adalah sebagai virus “misteri” yang merebak dalam negara China sendiri. Sekarang, wabak ini telah hilang kawalan dan mulai merebak ke hampir 27 negara, orang yang dijangkiti telah melebihi 40 000 kes. Bagi sesetengah orang, Coronavirus mungkin merupakan jenis virus yang baharu, tetapi ia telah wujud sejak lama lagi! Keluarga Coronavirus 2019-nCoV merupakan salah satu ahli daripada Keluarga Coronaviridae, yang boleh diklasifikasi bawah sub-keluarga Orthocoronaviridae. Informasi ini boleh menjadi keliru kepada sesetengah orang, tetapi ingatkah a