PKP dan Ramadhan
Alhamdulillah... hari ini merupakan hari terakhir sebelum ramadhan menjelma. Syukur kepada Allah kerana masih diberi kesempatan untuk melalui saat ini. Tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini kerana menyambut ramadhan dalam keadaan tempoh Perintah Kawalan Pergerakan dan masuk fasa ke 3. Perkara ini memang tidak pernah sama sekali dibayangkan. Walau bagaimanapun sangat bersyukur dan segala yang berlaku ada hikmahnya. Sejenak Perkongsian Bersama *Ustaz Ebit Liew* *21 Pesanan Bermakna Dari Beliau* Posted on April 21, 2020 1- “Walaupun kita miskin, tapi bila kita ada agama, kita bahagia” 2- “Kita solat bukan sebab kita baik, tapi sebab kita hamba Allah.” 3- “Siapa betulkan solat, Allah betulkan hidup dia.” 4- “Ketika kita ingat Allah, Allah ingat kita. Ketika kita lupa Allah, Allah tetap ingat kita.” 5- “Kita selalu ingat apa yang kita nak dari Allah, tapi kita selalu lupa apa yang Allah nak dari kita.” 6- “Melihat bukan dengan mata tapi deng...